|
Petua 1
| P1 : 01 |
| Petua : Kecutkan Jerawat!! |
| Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk
hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama
20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..Insya -Allah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita
!! |
| Pengirim : Mawaddah | |
| P1 : 02 |
| Petua : Sakit Tumit Kaki |
| Ambil 1 kg garam kasar.dipanaskan mengunakan kuali dengan
cara mengoreng tanpa minyak. panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas.setelah garam tersebut menjadi panas bungkus
mengunakan kain. kemudian tuamkan tumit anda dengan garam kasar tersebut. insyaallah ia akan sembuh |
| Pengirim : Suhaizat | | |
| P1 : 03 |
| Petua : Melegakan Selsama Bayi dan Kanak2 |
| Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong diatasnya, korek
dengan paku yang sederhana besar dan sumbatkan sedikit kapur makan didalamnya, digaulkan, biar bercampur antara kunyit dan
kapur tadi, dan bolehlah disapukan diatas hidung bayi, sebaiknya ketika bayi tidur..lakukan selalu, insyaallah hidung bayi
tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena. |
| Pengirim : Hayati m.z | |
| P1 : 04 |
| Petua : Gigi Kuat |
| Amalkan selalu petua ini,Setiap kali anda penat kerana berlari
dan sebagainya,anda hendaklah kacing gigi jangan biar mulut ternganga dan setiap kali anda membuang ayer besar kancinlah gigi
anda ketika meneran begitu juga semasa anda sampai kekemuncak ketika bersetubuh jangan ternganga ,kancinlah gigi anda Insyaallah
gigi anda akan kuat |
| Pengirim : Ust Ballia | | |
| P1 : 05 |
| Petua : Menguatkan Tenaga Batin SiWanita |
| Bagi wanita yg mahukan lebih 'ummphh' ( Tenaga ) sewaktu bertarung
dgn si suami amalkan petua ini :selama 3 pagi berturut-turut, hendaklah bangun tidur sebelum si suami terjaga ( Peringatan:
petua ini tidak akan mujarab sekiranya si suami sudah terjaga ), rendamkan 3 jenis daun bunga yg berasingan, (sebaiknya bunga
yg berlainan warna) bersama dgn sedikit madu asli kedalam sebaldi air suam selama 30 minit .Mandi menggunakan air ini selepas
itu barulah kejutkan si suami untuk mengetahui hasilnya. |
| Pengirim : Ahmad Shukri Tajuddin @ Ferilanoir | |
| P1 : 06 |
| Petua : Petua Mendapatkan Anak |
| Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang
anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan insyallah boleh diperolehi.Jika inginkan anak lelaki,
air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan Jika inginkan
anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau kekemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insyaallah
jika diiringi doa. |
| Pengirim : Neng Zura | | |
| P1 : 07 |
| Petua : Dapatkan Anak |
Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang
tak dapat anak setelah berkhawin sekian lama....atau baru khawin inginkan terus dapat cahayamata. 1- Tiga bulan amalkan
meminum air suam bercampur madu asli ( warna hitam ) setiap awal pagi sisuami. 2- Buat senaman batin setiap kali bangun
tidur waktu pagi,baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga 3- Amalakan bersedekah setiap hari jumaat,bila pergi
ke masjid,InsyaAllah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil. Cara Buat Senaman Batin :- 1- Duduk bersila badan tegak 2-
Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan. 3- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan , tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik
nafas dalam-dalam (slow ) 4- Setelah nafas penuh didada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai
sebelah kanan ( jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat ) jika tidak mampu jangan paksa. 5- Ulangi perkara yang diatas
dengan kaki kiri pula. 6- Buat 3 x atau 7 x setiap lepas sembahyang subuh Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun
hanya 3 x buat.(maksudnya 3 x kanan dan 3 x kiri ).Selamat mencuba. |
| Pengirim : Ayuniza | | |
| P1 : 08 |
| Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban. |
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi
nampak berseri, lagi pun uban tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah dengar
petua dari arwah nenek saya ( dia meninggal semasa berumur 102 tahun ) rambut nya masih hitam. dan dia bagi petua pada saya
katanya,kalau nak lambat atau menahan uban dari tumbuh caranya : Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa )
yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kamudian goring dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk
sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita
gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insyaalah menjadi. |
| Pengirim : Arshad Haji Omar @ syad | | |
| P1 : 09 |
| Petua : Menguatkan Dan Membesarkan Zakar |
| Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke
bawah antara kedua belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari (
apabila mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan
zakar anda. Petua ini berhasil menolong kawan-kawan saya. Cubalah. |
| Pengirim : Manja | |
| P1 : 09 |
| Petua : Kurangkan Kolestrol Dalam Darah |
| Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah
limau nipis/kesturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan mengamalkan setiap hari, kadar
kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak,
pasti dapat mengatasinya. |
| Pengirim : Angah | | |
| P1 : 10 |
| Petua : Kempiskan Perut |
| Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan
campur dengan kapur sirih .Lumurkan atau sapu dekat perut ,amalkan setiap malam.Insyaallah perut anda akan lebih menarik. |
| Pengirim : Aizan | |
| P1 : 11 |
| Petua : Menghilangkan Jerawat |
| Ambil pucuk daun jambu batu kira-kira 4 atau 5 helai gosokkan
pucuk jambu dengan sedikit garam pada tapak tangan.kemudian sapu pada muka yang berjerawat.Ulangi beberapa kali mujarab..... |
| Pengirim : Aizat | | |
| P1 : 12 |
| Petua : Mengelakkan Naik Bisul |
| Untuk Menggelakkan anda dari terkena Bisul (Sejenis penyakit
Kulit ), Selepas anda Bersin anda hendaklah meludah Air Liur , Jangan ditelan sisa - sisa air liur yang ada didalam mulut.....
Jika di Amalkan Insyallah anda tidak akan mendapat Bisul. |
| Pengirim : Arro | |
| P1 : 13 |
| Petua : Memutihkan Kulit Muka |
| Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur
bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih
dan jerawat pun hilang. |
| Pengirim : Yan | | |
| P1 : 14 |
| Petua : Pembersihan Dalaman Badan |
| Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk
diambil jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu.
Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut
setiap pagi sebelum sarapan.Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur. Insyallah.. |
| Pengirim : Ana | |
| P1 : 15 |
| Petua : Tambah Power |
Untuk menambahkan power semasa bersetubuh di mana
sila amalkan petua berikut;- 1.Kalau nak buang air besar jangan seiring dgn air kecil.Oleh itu kalau nak buang air besar
maka air kecil harus ditahan dan tarik nafas,sebegitu juga sebaliknya.Yang penting jangan buang kedua2 air sekali. 2.Amalkan
dikepalkan sebesar ibu jari nasi dan telan semasa hendak mula makan. Sekian |
| Pengirim : papa36 | | |
| P1 : 16 |
| Petua : Menguatkan Zakar ketika bersetubuh |
Caranya amat mudah dan senang diamalkan iaitu : 1)
Sediakan segelas susu dan dicampur isi jagong 3 x sehari atau lebih ( amalkan ). 2) Sediakan segelas susu dan buah
kismis ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih. 3) Sediakan segelas susu dan kacang hijau yg dah direbuh ( amalkan ) 3
x sehari atau lebih. Tempuh masa diamalkan adalah 3/hari setiap yg dinyatakan diatas maknanya 3 x 3 = 9 hari Insyaallah
terbukti hasilnya kelakian anda.Selamat mencuba.... |
| Pengirim : Putra69 | |
| P1 : 17 |
| Petua : Mengilat Barang Kemas ( Emas ) |
Barang kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan
kilauan emasnya.caranya.. Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi ( apa-apa jua jenama ) dan rendamkan
barang kemas tersebut selama 1/2 jam Lepas tu...keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi yang terpakai.Bilas
dengan air bersih.Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru.Selamat mencuba.Usaha tangga kejayaan. |
| Pengirim : Hanny | | |
| P1 : 18 |
| Petua : Ubat Batuk dan Lelah |
1.Ambil satu biji lada masak dan satu lada putik iaitu jenis
lada yang masak merah dan putiknya putih. 2.Satu sudu minyak tanah 3.Satu sudu minyak masak Kedua biji lada tadi
dihancurkan bersama-sama dengan minyak dan setelah hancur lumat,sila tapis dan dapatkan minyak yang bercampur dengan lada
tadi.Sapukan pada tengkok dan dada,anda akan rasa selesa selepas 10 minit mencuba dan cuba sapu 2/3 kali sehari.Insyallah
legalah ia. |
| Pengirim : Ckbe | |
| P1 : 19 |
| Petua : Menghilangkan Kutil |
| Untuk menangani masalah tersebut cubalah anda mencari seekor
ikan kekek dan sila ambil 3 keping tulangnya.Lalu anda basuhkan kutil di anggota badan anda dengan air.Selepas itu ambil 3
keping tulang tersebut dan cocokkan dalam bentuk 3 segi....yakni satu ke arah barat,satu ke arah timur dan satu ke arah
selatan....Kemudian tinggalkan 3 keping tulang tersebut didalam.Kamu akan dapati kutil itu akan gugur dengan sendirinya selang
beberapa hari.....Insya Allah... |
| Pengirim : MJ | | |
| P1 : 20 |
| Petua : Ikan Gulai Lebih Lembut Dan Sedap. |
| Jika anda ingin sedapkan lagi masakan anda utama nya yang
menggunakan ikan campurkan sedikit halba kedalam masakan anda,Insyallah ikan itu akan lebih lembut dan sedap.Cubalah.... |
| Pengirim : ROSMAYLIE | |
| P1 : 21 |
| Petua : Melambatkan Rambut Uban |
| Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan
ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap.InsyaAllah, rambut anda tidak beruban |
| Pengirim : Mohd. Hazawawi | | |
| P1 : 22 |
| Petua : Lelaki lambat keluar air mani |
| Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika
bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri.Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang
yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh,dan lakukan hingga seterusnya..
insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang. |
| Pengirim : Lelaki Brunei | |
| P1 : 23 |
| Petua : Kesan hilangkan Parut Jerawat muka |
Asalammualaikum Kepada sesiapa sahaja yang mempunyi muka
berminyak meraka bernasib baik kerana muka yang berminyak boleh menghilangkan parut jerawat walau makan masa yang lama sedikit..Cara
yang lain iaitu anda tak dibenarkan makan kicap bagi mengelakan kesan paruh jerawat tersebut...Selamat mencuba petua saya
ini. |
| Pengirim : Mushizan mohammad isa @ aniey | | |
| P1 : 24 |
| Petua : Menghilangkan Penyakit Kuning |
| Ramai ibu-ibu yang mengalami,semasa mengandung kurang minum
air dan menyebabkan apabila bayi mereka lahir bayi mereka akan kena sakit kuning Untuk menyembuhkannya sila beri bayi tersebut
meminum air susu kambing,pasti penyakit kuningnya akan hilang. |
| Pengirim : Jaimin L | |
| P1 : 25 |
| Petua : Mengurangkan Sakit Kepala |
Asalammualaikum, Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu.Caranya
biasakan diri setiap kali bangun pagi,basuh muka dahulu sebelum memberus gigi.insya-Allah kita tidak di serang sakit kepala.Mencegah
lebih baik dari mengubati. |
| Pengirim : Azrah | | |
| P1 : 26 |
| Petua : Menyerikan Wajah |
| Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada
pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian
basuh muka anda.Amalkan selalu insyaallah. |
| Pengirim : Syukur | |
| P1 : 27 |
| Petua : Merawat Bisul |
Asalammualaikum, Sekiranya anda terkena bisul ambil 2 biji
bawang putih dan tampalkan keatas bisul tersebut.Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan.Ulang sehingga nanah bisul
itu terkeluar insyaalah mujarab |
| Pengirim : Asmara | | |
| P1 : 28 |
| Petua : Buang Ketuat ( Butil ) |
| Ambil sebiji buah betik muda.Hiris supaya getahnya keluar.Letakkan
getah pada ketuat yang telah dikikis sedikit kulit luar yang keras.Biar beberapa jam sehingga getah kering.Kikis kulit ketuat
yang telah diselaputi getah kering.Ulangi proses di atas sehingga kulit ketuat menjadi nipis. |
| Pengirim : Tina | |
| P1 : 29 |
| Petua : Menghaluskan Rambut |
Asalammalaikum, Cubalah dengan mengambil beberapa helai
daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan
sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus. |
| Pengirim : Jasmin | | |
| P1 : 30 |
| Petua : Ingin anak perempuan dan lelaki |
| Kalau tuan dan puan inginkan anak perempuan lebihkan banyak
makan Ikan dan Sayuran Hijau.Sekiranya inginkan anak lelaki banyakkan makan daging AYAM dan Daging Lembu. |
| Pengirim : Mama Tie | |
| P1 : 31 |
| Petua : Mencegah Jeragat |
| Jika anda berhasrat untuk mencegah atau mengurangkan jeragat
di wajah,gunakanlah hampas kelapa.Gosok-gosokkan hampas kelapa di seluruh wajah.Biarkan selama 15 minit atau lebih.Amalkan
selalu,insyaallah jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu... |
| Pengirim : Adyzza72.. | | | |
|
Petua 2
|
P : 01 |
| Petua : Senaman Kuatkan Tenaga
Batin |
Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya
ialah: 1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar. 2.
Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya; I ) Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan
badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan. ii ) Dalam
keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik,
cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali. |
| Pengirim : Zamri Talib | |
| P : 02 |
| Petua : Penawar Resdong |
| Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui
pernafasan.Kini saya paparkan pengalaman saya yang telah mengidap resdung berbelas tahun malah telah menjalani pembedahan
pada tahun 1994. Tahun lepas saya dapat nasihat agar saya mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk
) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu
basuh muka sebersih-bersihnya.Lakukan ini setiap kali sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang
kerumah malah kemana saja.Amal kesannya sungguh menakjubkan. |
| Pengirim : Sda | | |
| P : 03 |
| Petua : Menghaluskan Kulit Muka |
| Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias
Hamdan.Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian ada lumurkanlah
pada muka anda. |
| Pengirim : Rizaleiza |
| |
| P : 04 |
| Petua : Terkena atau Terpijak Paku Berkarat |
| Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun
buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas
tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2
kali sehari.Insyaallah baik. |
| Pengirim : Maziah | | |
| P : 05 |
| Petua : Hilangkan bau Durian ditangan |
| Selepas makan durian, anda dikehendaki mencuci tangan anda di dalam paksa durian dengan cara merendamkan jari-jari dan tangan anda ke
dalamnya. InsyaAllah ianya berkesan. |
| Pengirim : Yusoff | |
| P : 06 |
| Petua : Mengurangkan Masalah Darah Tinggi |
| Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga
bolih direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Ianya pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga
ianya berjaya. |
| Pengirim : City Aida | | |
| P : 07 |
| Petua : Menguatkan
Zakar |
| Sebelum bersetubuh, basuhkan/rendamkan zakar dengan air suam
selama beberapa minit. Ini akan menguatkan dan menegangkan lagi zakar anda |
| Pengirim : Raja Ariff | |
| P : 08 |
| Petua : Lesung Pipit |
| Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah
hingga keluar air.Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih dahulu ) |
| Pengirim : Keddy | | |
| P : 09 |
| Petua : Menurunkan Darah Tinggi |
| Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan
kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur (
jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau
cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai
serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah
doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal. |
| Pengirim : Arifin Haji Abdullah | |
| P : 10 |
| Petua : Melambatkan Pancutan Air Mani |
| Ambil segengam akar pinang muda ( 2
tahun kebawah ) rebus bersama carikan segengam daun tapak gajah ( bentuk seperti
tapak gajah,selalu dijumpai di pinggir hutan ) sehingga air tinggal setengah daripada periuk tapis
dengan kain dan embunkan semalaman.Sebelum diminum digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau.Amalkan
sehari sebelum berjimak.Petua ini amat berkesan untuk melambatkan melambatkan pancutan air mani.Namun ia bergantung kepada
keadaan mental individu.Semua ini terserah kepada ketentuan Allah. |
| Pengirim : En. SYAFIQ | | |
| P : 11 |
| Petua : Melawaskan Kencing |
| Untuk melawaskan kencing,ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer
itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya
tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang. |
| Pengirim : Asba | |
| P : 12 |
| Petua : Masalah Bau Badan |
| Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan.
Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke
badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg
tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil. |
| Pengirim : Dodol | | |
| P : 13 |
| Petua : Awet Muda |
| Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah
petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian
minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima
kasih.... |
| Pengirim : Mamat | |
| P : 14 |
| Petua : Sejukkan kepala & menghitam Rambut |
| Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian
masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air selepas itu ramas hingga
belendir.Selepas itu sapu diatas kepala beberapa minit sebelum mandi Insyallah kepala anda akan berasa
sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa untuk hitam. |
| Pengirim : Usair Bin Haji.Ghazali | | |
| P : 15 |
| Petua : Melebatkan Bulu Kening |
| Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun
tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara2 nya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan
dikening pada setiap malam. |
| Pengirim : Ayu | |
|
| P : 16 |
| Petua : Inginkan
Anak |
| Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan
anak.Semasa melakukan jimak , punggung isteri hendaklah diayun kekiri dan kekanan
,supaya air mani akan sampai ketempat yang sebetulnya. |
| Pengirim : Rosdi | | |
| P : 17 |
| Petua : Dapat
Anak Cerdik |
| Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan
cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin. |
| Pengirim : Fiezaniey | |
| P : 18 |
| Petua : Hilangkan Sakit Kepala |
| Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh
bahagian kepala , biarkan selam 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala. |
| Pengirim : Zul | | |
| P : 19 |
| Petua : Bibir
merah semulajadi |
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah
saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
|
| Pengirim : Nurjihad | |
| P : 20 |
| Petua : Lentik &
Lebatkan Bulu Mata dan Kening |
| Ingin kelihatan cantik , Gunakan
Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah......lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik. |
| Pengirim : Shefrina | | |
|
| P : 21 |
| Petua : Darah
Tinggi |
| Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah
tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan
ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat
mencuba. |
| Pengirim : Dr.Hadzir | |
|
| P : 22 |
| Petua : Kempis Perut |
| Petau yang mudah dan kos yang murah.Anda
perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap
hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua
ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba |
| Pengirim : iema | | |
| P : 23 |
| Petua : Anak
Fasih Bercakap |
| Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah
dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu
kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada
ibu bapa..Insayallah... |
| Pengirim : Fiezaniey | |
| P : 24 |
| Petua : Inginkan
Anak Putih 1 |
| Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini
saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya
kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu kelak.Cubalah ya.
|
| Pengirim : lya | | |
| P : 25 |
| Petua : Awet Muda |
| Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak
tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati
supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain |
| Pengirim : Man 2 | |
| P : 26 |
| Petua : Menghilangkan kolestrol dlm darah |
| Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil
memotong anda kenalah membaca selawat x 3 dan masukkan dlm air panas sampai limau itu kuning dan minum amalkan setiap hari
insyaallah menjadi..... |
| Pengirim : Tuk Wan | | |
| P : 27 |
| Petua : Mata Terkena Chili |
| Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan
sedikit. InsyaAllah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu...Selamat mencuba |
| Pengirim : Habsah Yusuf | |
| P : 28 |
| Petua : Inginkan
Anak Putih 2 |
| Cubalah minum
air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah
anak yang dilahirkan putih. |
| Pengirim : Dilla | | |
| P : 29 |
| Petua : Kurangkan Misai atau Janggut |
| Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk
lalu lumurkan pada misai atau janggut. |
| Pengirim : Miyo_69 | |
| P : 30 |
| Petua : Lembutkan
Rambut |
| Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam
daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.Insyaallah |
| Pengirim : Am | | | |
|