|
| Rahsia-rahsia
Lelaki |
|
8 Rahsia Lelaki
1. lelaki tidak detail dalam percakapan
Contoh Kes : Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what's
his commEnt dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk
untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara
lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.
2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi Hobi
Contoh Kes : Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup
mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang
Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka
berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.
3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik
atau aksesori kereta.
Contoh Kes : Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai
alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn
demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.
4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh Kes : Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah
lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2
bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu
tanggapan org lelaki laa kan.
5.Lelaki tidak bergosip
Contoh Kes : Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memoTong:"pegi
makan jom!dah lapar nie..."
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip
tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya
mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.
6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Contoh Kes : LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau
hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau."
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari
hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi
ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!
7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam
tangan dan apa saja!
Contoh Kes : Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian
kedai komik then sana,sini...semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang
menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak
hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi
tersendiri yang dapat memacu ego mereka.
8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan
bukan kekasihnya.
Contoh Kes : Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika
memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:"I tak suka ahh!! tukar lain..!"Bengang kan...?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau
buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan
sasaran mata lelaki-lelaki lain. | |
Rahsia Firasat Alat Kelamin
Alat kelamin anda panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas. Gunakan kayu pembaris jika perlu. Jika kurang daripada
3 inci beerti pendek, kalau lebih 3 inci beerti panjang. Di bawah ini terdapat beberapa firasat tentang alat kelamin anda.
Kalau Panjang : beerti anda memang suka menunjuk nunjuk. anda mudah belajar
cara baru dan seronok mencuba sesuatu yg baru. ini beerti anda suka mencipta cara baru.
Kalau Pendek :
beerti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali anda memulakannya, anda berupaya melakukannya.
anda seorang yg mempunyai impian yg tinggi dan romantik. anda boleh mengejutkan semua orang apabila anda hilang sabar. anda
suka mengikut adat.
Tebal : anda mempunyai daya khayalan yg tinggidan mempunyai keazaman dan kekuatan
yg mengkagumkan. jika lagi tebal di dasar kelamin beerti anda mengutamakan kebebasan.
Nipis : Anda seorang
yg sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. kehalusan dan mutu sesuatu yg penting bagi anda.
Bersimpul
: anda suka membuat sesuatu dengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. anda memikirkan sesuatu dengan lojik
akal. satu atau dua simpul besar menyatakan bahawa anda seorang kekasih yg sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan.
Hujung
Runcing : anda seorang yg idealistik dan artistik didalam perhubungan. agak sukar utk anda bersenang lenang dan melepaskan
kebebasan anda. jika panjang dan kurus, anda suka mementingkan diri sendiri.
Tumpul atau Segi Empat :
anda kekasih praktik yg suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan bukan perkataan.
Lebar atau Berbentuk
Bawang : kehendak seksual anda begitu kuat. cergas, luarbiasa dan bersifat menawan.
Melengkung ke kanan
: beerti dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pemberi. anda seorang yg suka bercerita tentang seks diri
anda sendiri begitu juga halnya dengan orang lain yg anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga.
Alat
Kelamin melengkung ke kiri : dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. anda
lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia.
Alat Kelamin bengkok tepat : anda tajam akal tetapi
seorang yg gatal. anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu. kalau anda mempunyai alat kelamin panjang yang melengkung
bengkuk, beerti anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan dengan nafsu dan cinta. kalau mempunyai alat
kelamin pendek yg melengkung bengkuk, beerti anda kerap kali cemas dengan kemampuan seks anda. kalau alat kelamin bengkuk
di pangkalnya, anda merasakan orang lain mempunyai kehidupan yg lebih baik dari anda. namun anda berusaha utk berjaya dalam
kehidupan.
Rahsia Ciuman Lelaki
Apakah tanda di sebalik
ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?
Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda
kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada
pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman
seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia
mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap
si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri.
Ciuman atau
Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium
belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup
orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang
anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.... Jarang berlaku
seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian,
itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam
hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan
seorang lelak mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi itu
tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu
syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup
anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya
dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada
isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman
di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri,
tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda
bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan.
Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan
oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa
dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan
anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan
anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki
ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian,
itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan
tunduk pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan
oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya ,
ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu
merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah
juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh
diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
Rahsia lelaki dan Ragam
Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah
kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single.
Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama
macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai...
Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah.
Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa
cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!
Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka: Personaliti diri mereka boleh dikenali
menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan.
Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,
tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan
ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.
Maknanya: Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya
mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh
bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya,
boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya
di dalam kerjayanya itu.
Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka: Dia sememangnya seorang lelaki yang
sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek
kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya
sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya: Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang
yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa
minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia
untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.
Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka: Perhatikan corak mereka berbelanja,
memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak
dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.
Maknanya: Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat
tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka
sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika
dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka: Selalunya mereka ini seorang yang
berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan
mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya
memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Maknanya: Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya
mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin
kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang
berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai
playboy itu biarpun usia dah veteran!
Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka: Corak berpakaian mereka selalunya
sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak
mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya: Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti.
Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna
dia tak takutkan komitmen.
Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka: Selalunya mereka ini agak pendiam
dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga
pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka
tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Maknanya: Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan
dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap
akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.
Lelaki Keparat
Bagaimana mengenali mereka : Lelaki jenis ini suka bersikap ego
dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan
memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Maknanya : Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami
kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang
diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.
Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan dan hiburan semata-mata
untuk menambah pengetahuan.
Disclaimer: Artikel di dalam laman web ini disiarkan sebagai wadah
perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini.
Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel
tersebut, walau siapapun diri anda dan di mana pun anda berada
|